Post by Mr_Belia on Oct 3, 2011 22:01:14 GMT -5
Assalamualaikum wbt. kita jumpa lgi dlm cerita dan riwayat hidup mona fendi. Alhmdullilah Akhirnya mr dapat kumpulkan bahan2 ni melalui mesin pencarian. Terima kasih buat MESIN TAIP BURUK miraks.multiply.com yg menyediakan segmen mona fendi ini. Kisahnya sungguh tragis dan mdapat liputan meluas di mlaysia bahkan indonesia brunei singapore juga thailand. Tujuan saya disini hnyalah untuk berkongsi bahan2 dgn penguna hanphone. maklumlah setengah hphone tak mampu menerokai laman2 web yg punyai jaringan besar. Mohon tidak menyalahkan saya di atas copyright cerita mona ni. Buat pembaca beliafun semua, harap cerita ini menjadi pengajaran juga keinsafan buat semua lapisan usia. Maklum2 dunia semakin kehadapan kita pula semakin memilih hidup hitam untuk dilalui. Walau apapun mr harapkan cerita ini mampu memberi kesedaran yg mendalam untuk direnun
NAMA sebenarnya Maznah binti Ismail. Asalnya dari Perlis. Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang ketika kesnya dibicarakan pada 1994, dia turut memperkenalkan dirinya sebagai Mona Fandey. Mona juga memberitahu mahkamah bahawa dia seorang artis, ahli perniagaan dan bomoh serta bekas ketua cawangan sebuah parti politik. Gaya dia memberi keterangan memang cukup dramatik - ada kala serius, menangis dan ketawa.
Aku masih ingat bagaimana Mona Fandey menyanyi dalam mahkamah ketika memberitahu hakim bahawa dia seorang artis. Lagunya Menangis Tak Berair Mata yang dipopularkan oleh Jamal Abdillah. Nasib baik intronya saja. Kalau tidak. Tapi aku hanya mampu tersenyum dan tiada siapa yang berani ketawa. Bukan kerana takut ditegur hakim, tetapi bimbang Mona melenting. Aku masih ingat ketika diberi tugasan membuat liputan kes Mona. Perasaan bercampur baur. Suka pun ada, takut pun ada. Apa tidaknya, pasangan bomoh suami isteri ini dikatakan handal.Boleh 'buat' orang dengan merenung saja. Sebab tu, masa buat liputan kes ini, aku banyak berzikir dan membca ayat suci al-Quran sebagai pendinding. Kata orang berjaga-jaga, akukan bakal menghadap mereka setiap hari.
Satu lagi pesanan jangan tenung muka mereka. Kalau mereka tenung, jangan pandang balik. Tapi kadang kala kena tengok juga mereka sebab kandang orang kena tuduh dan tempat duduk media bertentangan. Bukan jauh pun, Adalah dalam lima kaki.
Aku kena tengok juga apa dia buat dalam kandang. Kena tulis tu sebab dalam mahkamah tak dibenarkan rakam gambar.
Lama kelamaan sudah biasa. Aku dan rakan lain tak 'takut' dengan Mona. Alhamdullillah, tiada perkara buruk berlaku. Malah, kami 'berkawan' baik pula dengan mereka. Tapi dalam percaya tak percaya - banyak peristiwa aneh berlaku ketika kes ini. Yang ini tak dilaporkan media. Ada yang sakit perut, kemalangan jalan raya, kereta rosak ketika hendak pergi ke tempat kejadian hingga peguambela dimasukkan ke hospital.
Berbalik pasal Mona Fandey, aku pun tak tahu macam mana dia dapat nama glamour ni. Kalau ada kebenaran masa tu, hendak juga aku temu ramah dia. Aku ingat Mona tu nama mesra dia. Fandey tu kemungkinan panggilan pendek suami dia, Mohd Affendy Abdul Rahman. Gabungan itu, maka jadilah nama komersial - Mona Fandey.
Nama Mona Fandey sebenarnya berada di persada seni pada 1987 dengan kemunculan album - Diana I. Aku sendiri pun tak pernah tengok album tu. Sembilan lagu ini terbitan syarikatnya MFJ Productions Sdn Bhd dan pengedarnya Warnada Music.
Mona mempunyai strategi sendiri untuk melariskan album ini dengan mengadakan kuiz yang menawarkan hadiah wang tunai RM3,000. Aku rasa artis sekarang masih boleh pakai strategi ini. Tapi kalau tawar duit pun, kalau lagu tak menyengat orang tak akan beli. Buktinya album Mona ni.
Nak tahu soalan kuiz tu. Berapakah usia Mona ketika itu. Jawapan pilihan 27, 29 dan 31.Soalan lain, tahun berapakah Mona mendapat gelaran Ratu Trengkas Melayu Malaysia - A. 60-an, B. 70-an dan C. 80-an. Di negeri manakah Mona dilahirkan
A. Kelantan,
B. Perak dan
C. Perlis.
Soalanlain - Berapa hari bulankah album pertama Mona dikeluarkan.
A. 15.6.1987,
B. 13.6.1987
C. 20.6.1987.
Soalan paling lawak. Siapakah nama suami Mona.
A. Mohd Affandi Ab Rahman,
B. Afandi Rahman dan
C. Afendi Rahman.
Kalau zaman ini aku rasa sesuai untuk kuiz album Anita Sarawak. Soalannya siapakah nama suami Kak Nita. Album ini hanya meletup selepas kes Mona mendapat perhatian ramai. Bukan apa orang nak dengar juga macam mana suara Mona ni.Pada 1991, Mona menggemparkan dunia seni tanah air apabila keluar berita dengan tajuk - Artis miliki pulau persendirian.Dalam laporan itu Mona mendakwa membeli sebuah pulau di selatan thailand. Fuh kayanya dia.Laporan itu menyebut Mona Fandey dan suaminya, Affendy Abdul Rahman, menjadi artis pertama Malaysia yang memiliki sebuah pulau persendirian seluas 4,800 hektar yang hendak dimajukan sebagai pusat peranginan terbesar di rantau ini.Mona dilaporkan membeli Pulau Oaks berhampiran Pulau Langkawi, Phuket dan Pattaya, dengan harga RM5.8 juta pada 1990.
Mona juga mendakwa gemar mengumpul kereta sehingga beliau dan suaminya memiliki lima BMW dari siri 3 hingga 7, Honda Prelude, Mercedes Benz, Jaguar, Trooper dan beberapa wagon.
Aku berhenti kat sini dulu. Nanti aku sambung. Bukan senang nak ingat kes hampir 12 tahun lalu. Nak kena korek balik nota. Paling susah nak cari gambar. Dalam internet ada dua tiga keping aje.