Post by LyNdi@_CuTe on Oct 17, 2011 7:43:20 GMT -5
Dalam perspektif Psikologi Islami, gangguan kejiwaan tidak hanya berpunca dari gangguan psikologi (neurose) seperti tersebut di atas, tetapi juga boleh berpunca dari high akhlak seseorang yang rendah. Akhlak, menurut al Ghazali adalah keadaan batin seseorang yang menjadi sumber lahirnya perbuatan dimana perbuatan itu dilakukan dengan mudah tanpa difikirkan untung ruginya.
Orang yang akhlaknya baik adalah orang yang melakukan kebaikan tanpa memikirkan risiko atau keuntungan dari kebaikan itu. Baginya melakukan kebaikan adalah satu kemestian yang tidak perlu diperdebatkan. Sebaliknya orang yang akhlaknya rendah adalah orang yang ketika melakukan perbuatan buruk tidak lagi berfikir tentang akibat-akibat yang akan ditanggung olehnya maupun oleh orang lain yang menjadi mangsa. Baginya berbuat sudah seperti air yang mengalir dari metinggian ke dataran yang lebih rendah.
Akhlak seseorang, dipengaruhi oleh faktor keturunan dan faktor persekitaran, tetapi lebih banyak dibentuk oleh perjalanan hidup seseorang. Anak keluarga baik-baik, jika dalam kurun waktu lama hidup adalam lingkungan kejahatan, sifat jahat boleh tertanam dalam dirinya. Sebaliknya anak orang jahat jika dididik dalam persekitaran yang baik juga boleh mempunyai akhlak yang baik. Akhlak berkaitan dengan sifat yang telah menetap dalam diri seseorang, oleh kerana itu mengubah akhlak sama sulitnya dengan mengubah sikap. Namun demikian baik sikap dan akhlak boleh diubah.
Orang yang akhlaknya baik, apalagi yang tinggi, dapat dipastikan ia mempunyai peringkat kesihatan mental yang tinggi, sebaliknya orang yang akhlaknya rendah cenderung mudah terkena gangguan kejiwaan kerana jalan fikiran yang tidak lurus dan cara hidup yang menyalahi kelaziman masyarakat akan selalu menimbulkan konflik-konflik interest yang pada gilirannya akan melahirkan konflik batin.
Pada tahap pertengahan seseorang berakhlak rendah masih boleh menikmati selera rendahnya, tetapi pada tahap di mana perbuatan buruk dan jahat telah saling tumpang tindih, maka ia bagaikan orang yang terkena komplikasi dari pelbagai penyakit. Memori manusia jika digunakan untuk merakam maklumat kejujuran dan kebenaran, maka ia bagaikan gudang yang tersusun rapi, walaupun dipenuhi dengan isi yang banyak, tetapi kerana tertata rapi maka gudang itu terasa tetap longgar. Sedangkan jika digunakan untuk merakam kejahatan dan keburukan, maka ibarat gudang yang barang-barang tidak tersusun rapi, isi kandungannya tidak banyak tetapi terasa penuh dan sesak menyesakkan. Memori manusia, sebagaimana juga memori computer, jika digunakan untuk menampung hal-hal (kejahatan) yang bertentangan dengan sistemnya (yang logik), maka rakaman itu boleh menyebabkan "hang" yang mengganggu sistem berfikir dan sistem merasa. Seseorang tidak boleh berfikir jujur dan curang sekaligus, Tuhan tidak menjadikan pada seseorang dua hati sekaligus dalam dadanya (Q/33: 4)
Riya
Riya adalah melakukan suatu perbuatan dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang lain, bukan untuk niat ikhlas. Riya termasuk perbuatan menipu, iaitu menipu orang dengan memperlihatkan suatu perbuatan yang berbeza dengan hakikat perbuatan itu sendiri.
Dalam istilah psikologi, orang riya itulah yang disebut oleh psikologi Humanis Rollo May sebagai manusia bertopeng, iaitu orang yang selalu menyembunyikan wajah keperibadiannya dengan topeng-topeng kepalsuan. Orang yang mengidap penyakit riya selalu berusaha melakukan apa-apa yang orang lain (tuntutan sosial) menyuruhnya untuk melakukannya. Ia selalu berusaha melakukan kehendak orang lain sampai lupa kehendak sendiri. Ia selalu menggunakan topeng kepalsuan sampai ia lupa wajah sendiri.
Pengidap penyakit riya tidak mempunyai rasa keindahan dan kebenaran. Ketika ia sedang menggunakan topeng kepalsuan ia memperoleh kesenangan sekejap, tetapi sekembalinya ke rumah, kembali kepada dirinya yang asal, ia merasa kesepian, hambar, lelah serta gelisah. Pada akhirnya ia akan mengidap perasaan bosan, bosan kepada kepura-puraan, tetapi ia tidak tahu ia harus berbuat apa.
Dengki atau hasad
Pengertian dengki atau hasad adalah mengharap hilangnya kesenangan orang lain untu boleh berpindah kepada dirinya. Hasad adalah perasaan iri terhadap kejayaan yang dimiliki oleh orang lain disertai keinginan untuk menghilangkan kesenangan itu dan memindahkan kepada dirinya. Sedangkan jika iri hanya kepada perkara yang semisal dengan kejayaan yang dimiliki orang lain, maka hal itu tidak termasuk dengki, kerana dalam hal itu mereka masih diberi peluang untuk menunggang, berlumba-lumba dalam kebaikan (Q / 2:14. Nabi mengibaratkan sifat dengki itu sebagai sifat yang merosakkan seperti api membakar kayu bakar, dan seperti gunting yang mencukur amal dan sebagai penyakit umat. Orang yang pendengki sering merasa tersiksa kerana ia sakit hati jika orang lain memperoleh kesenangan, dan ia baru senang jika orang lain terkena bencana (Q / 3:120). Perasaan iri negatif ini disebabkan oleh rasa permusuhan dan kebencian (Q/43: 31) dan kagum diri (Q / 26:183).
Dengki dan iri itu hanya timbul dalam bidang yang sempit, persaingan bidang harta dan pangkat (duniawi), kerana semua orang ingin menjadi satu-satunya yang terhebat, padahal ruang utnu menjadi satu-satunya itu sempit sehingga orang yang dengki itu saling bermusuhan dan saling menjatuhkan . Akan tetapi jika orang berdaing dalam bidang keutamaan ukhrawi, misalnya berlumba menjadi orang yang dekat dengan Tuhan dengan cara melakukan amal soleh, maka di antara mereka tidak akan berlaku iri dan dengki, kerana rahmat Allah luas tak terbatas, meski peminatnya banyak.
Rakus dan tamak
Rakus berpunca dari syahwat. Manusia mempunyai keinginan tak terhad untuk memiliki, dan menguasai hal-hal yang memuaskan nafsunya. Seberapa banyakpun manusia diberi, ia tidak pernah puas, melainkan jika dibentengi dengan motif-motif positif. Rakus juga berkaitan dengan pandangan hidup, yakni bahawa hidup ini untuk apa, dan apa fungsi harta dan jabatan / kuasa dalam hidup ini. Orang yang memandang bahawa hidup ini sebagai tempat bersenang-senang seperti pandangan hidup orang kafir (wa al kafiru yatamatta'u), maka ia berusaha mengumpul semua hal yang dapat memuaskan kesenangannya. Tetapi bagi orang yang beriman yang memandang hidup ini bagakan orang kerja di lading untuk tuai di akirat, dan harta dipandangnya sebagai alat untuk mencapai kebajikan, maka ia hanya mengambil seperlunya kemudahan hidup yang diperlukan untuk menguruskan lading (perjuangan), kerana baginya, harta dan jabatan tak lebih hanya alat perjuangan, bukan tujuan hidup. Rasulullah saw pernah mengatakan bahawa orang rakus itu baru berhenti dari kerakusannya jika mulutnya telah dipenuhi tanah (dikubur).
Takabbur atau Sombong dan Kagum Diri
Takabbur adalah perasaan seseorang bahawa dirinya lebih besar sambil memandang orang lain kecil. Kesombongan boleh ditunjukkan kepada sesame manusia dan yang paling buruk jika sombong kepada Tuhan. Orang takabbur bukan hanya merasa dirinya lebih besar tetapi juga menghina orang lain yang dianggap kecil. Manusia kadang-kadang sombong kekuatan fizikalnya, kadang-kadang sombong jumlah kekayaannya atau ketinggian pangkatnya, boleh juga kebesaran jumlah golonganya atau keunggulan intelektual.
Kesombongan berpunca dari ketidak tahuan seseorang atas dirinya (tidak tahu diri), kerana sesungguhnya di atas orang pintar pasti ada yang lebih pintar, di atas orang kaya pasti ada yang lebih kaya, di atas orang kuat, pasti ada yang lebih kuat, dan di atas makhluk ada Khalik yang Maha Kaya, Maha Kuat, Maha Mengetahui dan Maha segala Maha.
Gangguan kejiwaan yang disebabkan oleh sifat takabbur ini adalah kerana orang takabbur itu selalu merasa tersiksa jika ada orang lain yang berpeluang mengunggulinya. Ia selalu merasa terancam oleh perubahan dan perkembangan, ia tidak tahu akhirnya kesombongan itu akan tersungkur secara semulajadi. Ia asyik mengagumi dirinya, padahal perubahan merupakan sunatullah yang tidak boleh dielakkan. Kata Rasulullah, barang siapa rendah hati, Allah akan mengangkat darjatnya, dan barang siapa takabbur, maka Allah akan menjatuhkannya. Perilaku orang sombong dalam pergaulan sosial biasanya menjilat kepada orang yang dipandangnya lebih besar dan memijak orang yang dipandangnya lebih kecil.
Ia berani kepada orang lemah, tetapi ia takut kepada orang yang ia ketahui betul tidak mampu menghadapinya. Secara psikologi, kesombongan sebenarnya merupakan usaha untuk menutup kepengecutan seseorang. Orang sombong tidak boleh menghargai sifat rendah hati orang lain. Oleh kerana itu orang yang sombong perlu disombongi. Ada ungkapan yang berbunyi: "secara sedar bertingkah laku sombong kepada orang yang memang sombong adalah bernilai sedekah".
Al Wahm
Penyakit al wahm kata Rasulullah adalah cinta berlebihan kepada harta dan takut mati. Cinta mempunyai dua sisi, iaitu kebahagiaan dan kesengsaraan. Cinta yang terbalas melahirkan kebahagiaan, dan cinta yang tertolak melahirkan penderitaan. Orang yang cinta kepada harta benda tetapi keinginan menjadi orang kaya tak pernah terkabul maka ia merasa menderita seperti penderitaan orang yang ditolak cintanya. Beitu juga jika orang kehilangan harta yang ia cintai, ia akan menderita seperti penderitaan orang yang ditolak cintanya. Begitu juga jika orang yang kehilangan harta yang ia cintai, seperti derita orang yang ditinggal kekasihnya.
Ada hadis nabi tentang watak harta sebagai sahabat dan kekasih.
Hadis tersebut dapat diilustrasikan sebagai berikut: bahawa setiap manusia mempunyai tiga kumpulan sahabat, iaitu harta, keluarga, dan amal. Harta adalah jenis sahabat yang paling curang, kerana ia hanya memberikan cintanya kepada pemiliknya hanya jika ia sedang sihat dan senang. Jika seseorang sedang sakit parah, maka makanan enak tidak terasa enak, kasur empuk tidak terasa nikmat, dan bahkan wang banyak tak membantu meringankan rasa sakitnya. Apatah lagi jika masuk kubur, maka kain kafan yang mahu menyertainya. Oleh kerana itu cinta kepada harta harus bersedia dikhianati teruatama ketika dalam keadaan sakit tenat dan selepas mati.
Sedangkan cinta kepada keluarga, mereka masih boleh merawat ketika sakit dan menghantarnya ke liang kubur jika mati, tetapi untuk tinggal bersamanya di dalam kubur tak seorang pun keluarga yang dicintainya adalah. Hanya amal salehlah yang setia mendampinginya sampai mahkamah akhirat nanti. Barang siapa cinta kepada amal, maka ia akan beroleh balasan cinta yang lebih mencukupi, cinta kepada keluarga masih terbalas meski terhad, sedangkan cinta harta tak ubah mencintai kekasih yang curang, satu hubungan cinta yang sarat dengan potensi penderitaan.
Sedangkan takut mati juga menimbulkan gangguan kejiwaan, meski seseorang tahu bahawa semua manusia pasti mati. Derita orang takut mati adalah dalam membayangkan kematian dan bayangan berpisah dengan yang selama ini menemaninya. Orang yang takut mati, setiap kali dia melihat ancaman-ancaman, dari mana-mana datangnya, ia merasa tertekan dan takut. Penyakit al wahm biasanya juga disertai oleh penyakit kikir atau bakhil.
(P/S Mbelia, help me find picture fr this arctikel . Tx for help )